Gambar ni diambil dengan menggunakan kamera Kodak Z740. Guna mod biasa ja. Tapi lepas tu Jai edit guna Ulead Photoimpact.
Pertandingan makan epal ni memang menghiburkan sangat. Jai gelak macam nak pecah perut! Susah tul nak amik gambar dalam keadaan tengah gelak.. tapi ni lah antara shot yang dapat. Masa ni kira gigitan pertama. Gigitan berikutnya .. hehehheheh.. agaknya la... dah tersentuh bibir kot! hehehehhe... sila betulkan kalau Jai salah. Tapi diaorang bukan sengaja.. Sporting giler bakal2 guru ni. Sangat menghiburkan n pensyarah pun suka. Ni gambar sebelum. Nampak macam kelabu.
Ni gambar selepas. Setelah di enhancekan warnanya, tambah effect zoom skit jadi gambar ni nampak macam bergerak atau aksi tengah berlaku. Nampak lebih menarik kan? Kalau anda mempunyai kamera digital, tak rugi belajarla edit gambar. Lagi pun tak rugi sebab kamera digital tidak perlu guna filem. Cuma kena rajin recharge bateri ja kan? :)
Ni gambar adik tadika sebelah tu.. baru umur 4 tahun. Dia tak main tapi cam excited sangat. Gelak sambil nak gigit jari.. Cute sangat!! Gambar sebelum, ni nampak kelabu.
Ni lak gambar selepas. Dikayakan warnanya agar nampak lebih clear n menarik!!
Nak belajar? Sila hubungi Jai.. Jai boleh bagi kursus 3 hari secara insentif... ekspres. Jai tak belajar di mana-mana, belajar sendiri ja. Amik masa 3 tahun kalo nak belajar sendiri. Jai akan cuba memudahkan anda!
Kesimpulan: tak perlu kamera mahal2 , belajarlah photo editing.
0 comments:
Post a Comment