Showing posts with label photoimpact. Show all posts
Showing posts with label photoimpact. Show all posts

Murni dan Rizal, 13 Jun 2009

Alhamdulillah, Jai dah selesai mengedit, siapkan album dan video untuk pengantin ni.. dan Jai dah pun serahkan pada kakaknya, Mar (Jai juga pernah ambil gambar cikgu Mar) sebab Murni ni duk jauh. Harap-harap depa puas hati lah dengan hasil kerja Jai kali ni.. Nanti Jai petikkan sikit videonya dan Jai uploadkan di sini..




























Kenduri sepupu Jai: Sakinah & Omar, dan Zul & Miera





Love this pic. Pabila sang putera memandang sang puteri, sang puteri pun senyum tersipu...








Ya Allah, Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati, Pilihkan untukku seorang yang hatinya penuh dengan kasih dan cinta kepadaMu, dan membuatkanku makin mengagumiMu.
















Ala-ala majalah gitu.. Majalah Pengantin jangan saman saya yer.. saya tak tiru 100%.. just buat bagi jadi ala-ala gitu ja. Design satu template, bila nak guna letak gambar dan ubah warna font bagi sesuai ja... cepat dan senang... hehhehehehe







Ni gambar Zul dan Miera pulak. Senang nak ambil gambar diaorang, tak payah arah depa dah pandai nak posing.. Rasanya Miera ni kaki bergambar gak ni...


Hahahaha... yang Zul kena kandid tu cute sangat!! Actually, Miera tengah nak lap peluh Zul tu...




























Zul dan Miera pun tak ketinggalan nak kuar majalah gak




2 pasang pengantin sedang menuju ke khemah untuk santapan








Ada sesuatu sedang berputik di sini?





























Kinah dan maknya (Makngah Yam jai)



























Kinah dan adiknya, Saerah (kaki gambar gak dia ni.. tak tau la besok dia kawin camna gambar-gambar dia..)



























Sedang mengunggu ketibaan putera hatinya.




Kinah dan Mak su







Gambar ni diambil masa Jai dan adik, Aniep dalam perjalanan ke rumah kenduri.


























Jai dan Mak ngah Yam. Jai tengah pegang sejenis manisan orang Banjar (ayah Jai keturunan Banjar dari Banjar Masin)
Semua gambar di atas, Jai ambil kecuali yang Jai ada dalam gambar tu. Kamera yang diguna hanyalah Nikon D40 (cikai jer, speedlight pun x dak lagi time tu.. la ni dah ada tapi pakai Nissin ja..). Semua gambar yang ada tambah-tambah tu, jai edit guna Ulead PhotoImpact.

Comelnya baby ni!!!
















Ni anak cikgu Najib dari SK Bukit Raya, tempat Jai menjalani praktikum selama 3 bulan. Alahai comelnya!! Namanya Muhammad Thaqif Danish.

Bercuti di Terengganu

Ala-ala keluar majalah gitu... (just for fun)



Sambil menyelam sambil minum air... Sambil bercuti.. sempat lagi siapkan wedding assignment ni.. Tahniah buat Zila dan Awie... Selamat Pengantin Baru!!! Semoga berbahagia selalu.

Akad Nikah Siti di Lubuk Merbau - Raya Ke3



Siti ni Asmarian gak. Tapi junior Jai. Masa sekolah dulu x rapat sangat dengan dia, tapi semasa di SKPK Alor Star, kami kerja bersama-sama, dengan Mar pun... tu yang jadi rapat. Bermula sebagai hobi, akhirnya terdapat permintaan rakan-rakan untuk mengambil gambar event2 diaorang. Dengan kamera buruk Jai - Kodak Z740, Jai mula mendapat upah mengambil gambar seperti Majlis Pertunangan, Birthday Party, dan Majlis Anugerah Cemerlang PASTI (tak ingat majlis tu nama apa).

Sekarang Jai dah upgrade, pakai Nikon D40, bukan yang paling latest di pasaran, tapi kamera DSLR yang paling murah... rasanya sekarang ni dah tak dijual kot. Tapi rasa puas hati sangat, sebab gambar yang diambil memuaskan hati, compare to Kodak Z740 lah.. Walaupun gambar yang diambil, tidaklah sekualiti otai2 wedding photograper di sana, kira okaylah bagi yang berbudget rendah sebab otai2 wedding photographer quite expensive. Kalau dengan Jai, buat masa ni, herga kawan2 ja. Sesuai untuk budget wedding dan gambar pun cantik skit daripada digital camera yang compact2 tu.

K lah, bellow, Jai tayangkan beberapa hasil kerja yang tidak seberapa ni.. enjoys!







Sepetang di Sijangkang, Banting

Petang tu, selepas makan tengahari (agak lewat sebab tiba lewat di Sijangkang) kat rumah Intan, kitaorang gi jeti kat muara sungai. Banyak sangat pokok bakau. Apalagi.. housemate yang gila-gila bergambar ni memulakan projek. Yang Jai lak gila ambil gambar(tak suka bergambar sangat). Jadi Jai la jadi jurugambarnya. Apalagi.. projek shot mengeshot pun bermula!


Ni hasilnya.. agak kelabu macam biasa. Sebenarnya hasil kamera ni okay ja... Tapi Jai saja syok2 nak edit agar nampak lebih menarik. Antara benda yang Jai ubah ialah, pembedahan jerawat, tambah keserian warna gambar, dan tinggikan skit hidung (ni first time buat, atas permintaan orang dalam gambar ni). Lagipun semua ni experimental ja kan... Apa lagi.. kalo dah ngadap pc,.. ni lah hasilnya... sila lihat di bawah;


Hah!!! nampak berserikan?? Betul tak?

Edit gambar - Sukan Ragam IPIK

Gambar ni diambil dengan menggunakan kamera Kodak Z740. Guna mod biasa ja. Tapi lepas tu Jai edit guna Ulead Photoimpact.



Pertandingan makan epal ni memang menghiburkan sangat. Jai gelak macam nak pecah perut! Susah tul nak amik gambar dalam keadaan tengah gelak.. tapi ni lah antara shot yang dapat. Masa ni kira gigitan pertama. Gigitan berikutnya .. hehehheheh.. agaknya la... dah tersentuh bibir kot! hehehehhe... sila betulkan kalau Jai salah. Tapi diaorang bukan sengaja.. Sporting giler bakal2 guru ni. Sangat menghiburkan n pensyarah pun suka. Ni gambar sebelum. Nampak macam kelabu.


Ni gambar selepas. Setelah di enhancekan warnanya, tambah effect zoom skit jadi gambar ni nampak macam bergerak atau aksi tengah berlaku. Nampak lebih menarik kan? Kalau anda mempunyai kamera digital, tak rugi belajarla edit gambar. Lagi pun tak rugi sebab kamera digital tidak perlu guna filem. Cuma kena rajin recharge bateri ja kan? :)


Ni gambar adik tadika sebelah tu.. baru umur 4 tahun. Dia tak main tapi cam excited sangat. Gelak sambil nak gigit jari.. Cute sangat!! Gambar sebelum, ni nampak kelabu.



Ni lak gambar selepas. Dikayakan warnanya agar nampak lebih clear n menarik!!

Nak belajar? Sila hubungi Jai.. Jai boleh bagi kursus 3 hari secara insentif... ekspres. Jai tak belajar di mana-mana, belajar sendiri ja. Amik masa 3 tahun kalo nak belajar sendiri. Jai akan cuba memudahkan anda!

Kesimpulan: tak perlu kamera mahal2 , belajarlah photo editing.

Copyright © 2008 - Videl's Design - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template