Semuanya bermula apabila...






Semuanya bermula apabila Jai beli camera kecik tapi best tu kat http://lelong.com.my. Kamera yang Jai maksudkan ialah Kodak Z740.














Klik gambar untuk maklumat lanjut pasal kamera ni.




Dengan adanya baby Jai ni.. bermulalah hobi mengambil gambar yang kekadang tidak mengira tempat dan masa... ikut suka dan mood ja... dan juga suka mengambil gambar bukan saja dari pandangan biasa manusia,.. Jai juga suka cuba pandangan kucing, semut, burung, zirafah.. Pendek kata... nasib baik ler kamera la ni jenis digital.. boleh delete yang mana gambar yang tak jadi tu... Lama-lama ada kawan-kawan dan sedara mara yang minat gambar2 yang Jai amik, depa pun hired Jai untuk majlis-majlis depa seperti majlis bertunang, majlis hari jadi, majlis penyampaian hadiah tadika dll.

Sehinggalah pada tahun 2008, kawan-kawan satu maktab membuat permintaan untuk Jai ambil gambar bertunang dan kawin. Dari situ, Jai terfikir gak, why not i'll buy a DSLR camera for my hobby and my friends pay for it cost? It's a great idea... win-win situation!

Apa lagi.. Jai dan kawan Jai merembat DSLR Nikon yang paling cikai jer.. iaitu Nikon D40 (kit ni tanpa filter or speedlight/flash etc). Dari situ, kami telah mendapat hampir 10 job ambil gambar. Sekarang, Jai dah tambah speedlight Nissin (budget x dak.. lagi pun saya budak baru belajar), dan ada filter gak.

Tentang design-design gambar tu, Jai buat sendiri. Sesiapa nak upah Jai boleh, nak belajar pun boleh.. (Jai bukanlah terrer sgt.. tapi selama ni customer2 puas hati la jugak)

0 comments:

Copyright © 2008 - Videl's Design - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template