Uncang Bersulam

Ni assignment jai bagi kelas KH. Mesti ada jahit manik, jenis-jenis jahitan dan sulaman.
Boleh dikatakan bahan-bahan utama yang jai gunakan ialah dari bahan terbuang.

  • plastik dari almari plastik housemate yang roboh
  • cd yang rosak


Hrmm.. sebelum submit kat lecturer.. Jai rasmi dulu.. muat lak isi digicam Jai yang gabak tu.. hehehheheh

Photo Session with Special Teacher at SK Bukit Raya



click on the picture for bigger view

Hmm... dah seminggu jai start praktikum kat sekolah ni. gambar ni diambil pada hari jumaat dimana pelajar2 kami dan kami semua (guru2 khas) amatlah bergembira kerana sambutan majlis hari jadi pelajar2. dah habis majlis, kini tibalah masanya utk photo session bagi 2 org guru yang mmg hobi mereka bergambar.. check it out!!!

Sue - Wedding

hmm.. ni antara Jai duk sibuk masa cuti skolah 3 minggu hari tu.. sibuk ngan amik gambar org kawin. but for sue wedding, i'm sorry.. cant be there coz' i have to attend my cousin's wedding. thus, my partner, putriza make the job done there. i mean, sue's wedding was held at terengganu, while i have to be at alor star. anyway, wishing u best of luck! semoga berbahagia ke akhir hayat.

Picture by Putriza
Design by Videl

Sepetang di Sijangkang, Banting

Petang tu, selepas makan tengahari (agak lewat sebab tiba lewat di Sijangkang) kat rumah Intan, kitaorang gi jeti kat muara sungai. Banyak sangat pokok bakau. Apalagi.. housemate yang gila-gila bergambar ni memulakan projek. Yang Jai lak gila ambil gambar(tak suka bergambar sangat). Jadi Jai la jadi jurugambarnya. Apalagi.. projek shot mengeshot pun bermula!


Ni hasilnya.. agak kelabu macam biasa. Sebenarnya hasil kamera ni okay ja... Tapi Jai saja syok2 nak edit agar nampak lebih menarik. Antara benda yang Jai ubah ialah, pembedahan jerawat, tambah keserian warna gambar, dan tinggikan skit hidung (ni first time buat, atas permintaan orang dalam gambar ni). Lagipun semua ni experimental ja kan... Apa lagi.. kalo dah ngadap pc,.. ni lah hasilnya... sila lihat di bawah;


Hah!!! nampak berserikan?? Betul tak?

Edit gambar - Sukan Ragam IPIK

Gambar ni diambil dengan menggunakan kamera Kodak Z740. Guna mod biasa ja. Tapi lepas tu Jai edit guna Ulead Photoimpact.



Pertandingan makan epal ni memang menghiburkan sangat. Jai gelak macam nak pecah perut! Susah tul nak amik gambar dalam keadaan tengah gelak.. tapi ni lah antara shot yang dapat. Masa ni kira gigitan pertama. Gigitan berikutnya .. hehehheheh.. agaknya la... dah tersentuh bibir kot! hehehehhe... sila betulkan kalau Jai salah. Tapi diaorang bukan sengaja.. Sporting giler bakal2 guru ni. Sangat menghiburkan n pensyarah pun suka. Ni gambar sebelum. Nampak macam kelabu.


Ni gambar selepas. Setelah di enhancekan warnanya, tambah effect zoom skit jadi gambar ni nampak macam bergerak atau aksi tengah berlaku. Nampak lebih menarik kan? Kalau anda mempunyai kamera digital, tak rugi belajarla edit gambar. Lagi pun tak rugi sebab kamera digital tidak perlu guna filem. Cuma kena rajin recharge bateri ja kan? :)


Ni gambar adik tadika sebelah tu.. baru umur 4 tahun. Dia tak main tapi cam excited sangat. Gelak sambil nak gigit jari.. Cute sangat!! Gambar sebelum, ni nampak kelabu.



Ni lak gambar selepas. Dikayakan warnanya agar nampak lebih clear n menarik!!

Nak belajar? Sila hubungi Jai.. Jai boleh bagi kursus 3 hari secara insentif... ekspres. Jai tak belajar di mana-mana, belajar sendiri ja. Amik masa 3 tahun kalo nak belajar sendiri. Jai akan cuba memudahkan anda!

Kesimpulan: tak perlu kamera mahal2 , belajarlah photo editing.

Copyright © 2008 - Videl's Design - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template